Petikan dari Penulisan DATO' SALLEH MAJID, bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
07/11/2009
KITA kini berdepan dengan persekitaran dunia yang pesat berubah. Dalam tempoh 10 tahun, Malaysia dijangka menjadi negara perindustrian. Negara akan beralih kepada Model Ekonomi Baru.
Ada dua perkara penting yang perlu ada di kalangan mereka yang mahu berubah. Pertama, ilmu dan kedua ialah motivasi atau semangat ingin berjaya. Kedua-dua ini perlu berjalan seiring.
Siapakah yang boleh berubah?
Golongan Pertama - Mengikut ahli psikologi tentang tabiat manusia, mereka yang sanggup berubah atau pemimpin dalam perubahan hanyalah sekitar dua setengah peratus daripada seluruh penduduk. Mereka ini dianggap golongan pembawa pembaharuan (innovators),
Golongan Kedua - adalah golongan pengamal awalan (early adopters) sebanyak 13.5 peratus. Mereka ini terkebelakang sedikit daripada pembawa pembaharuan dan terpengaruh dengan golongan pertama ini.
Golongan ketiga dikenali dengan nama majoriti awal (34 peratus). Lazimnya hanya pengikut sahaja
Golongan Keempat - juga dikenali dengan golongan majoriti akhir juga 34 peratus yang terakhir mengamalkan sesuatu perubahan.
Akhir sekali golongan ketinggalan (laggard) sebanyak 16 peratus - yang tidak mahu berubah.
Setiap dinamik kumpulan mempunyai ketuanya tetapi tidak semestinya memiliki jawatan rasmi. Ketua tidak rasmi ini penting kerana dia berpengaruh dan wajar dikenal pasti. Kalau ada yang bersikap negatif wajar diberikan bimbingan. Ketua kumpulan inilah yang boleh membawa perubahan baik dari segi pemikiran mahupun perlakuan.
Berbalik kepada soalan awal bolehkah orang Melayu berubah. Jawapannya ada yang boleh dan ada yang tidak.
Golongan yang sudah berubah telah menunjukkan bahawa ada antara kita boleh dimasukkan dalam kumpulan syarikat Fortune 500. Mereka yang sudah berubah, sudah mampu mengeksport ikan kelisa keluar negara atau menanam anggur di tanah terbiar, atau menarik ramai pelancong ke homestay mereka. Kumpulan ini mungkin mewakili 16 peratus yang menggabungkan golongan pembawa pembaharuan dan pengamal awalan di atas. Tetapi untuk melakukan suatu perubahan yang lebih kekal, golongan 68 peratus itulah yang penting ikut sama.
Persekitaran menjelang 2020 ini akan lebih mencabar dari segi ekonomi, teknologi, politik, perundangan, kemasyarakatan dan budaya. Sekarang pun banyak perkara berkaitan orang Melayu pun sedang dicabar dan suatu gelombang perubahan diperlukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ilmiah sungguh blog ni.. bagus..
ReplyDeleteCC :Sorry Cik Norasnani komen ni untuk pereka cik yg sungguh hebat tu.
ReplyDeleteUntuk Satu-Satunya Pereka kat Shah Alam dan Selangor
Salam bro,
Sorry tu say la, gua rasa lu ni syok sendiri, tak pernah lak gua dgr motherboard pakai kipas, processor adalah.
Lu jgn jd designer kalau tak boleh nak balik mlm, baik mohon jd pembantu tadbir... tu pun kdg2 kena balik lewat..bersyukurla dpt keja gomen...
Laptop apa lu beli..??? kata terrer, takkan tak tgk spec laptop masa beli, brp designer kat SHAH ALAM & SELANGOR yg pakai laptop pun takde masalah..
Lama sgt ke nak install software??? Gua ingat lu ni tak tau apa2 pun...biar tak pandai tp jgn memandai...
Lu ni pun satu bro, dah tau lu ni tak reti nak buat back up, nape simpan file kat my document dan desktop...takkan gua nak ajar....?? kalau jd apa2 mmg takleh back up...amenda lu cerita ni bro..?
Hebat sgt lu cerita pasal diri lu, tak pernah pulak gua tgk dlm BULETIN UTAMA atau TEMU JANJI dan PERSONALITI kat Astro Awani yg selalu cerita pasal org melayu yg hebat...
Gua pun tak kenal lu, tp kalau dari cerita lu yang riak biasanya org mcm ni mmg takde pa pe pun.
Kesimpulannya ckp biar ada fakta, jgn ckp ikut emosi...bersyukur apa yg kita ada..takkan la ict tu takde satu yg betul, lu sorang jer yg betul...
Lagi satu lu kata, lu cuma ada logo MBSA jer, pastu pulak design 2009 yg takde, mana satu bro??? Sebelum tu takkan takde apa2 langsung..??? Atau sebelum tu lu langsung tak buat keja ke??? Mkn gaji buta??? Masya-Allah...? Dosa tu bro...jd darah daging nanti...
Utk ict, bg la apa yg dia nak...nanti rugi lak Shah Alam dan Selangor...takyah la berpanjangan citer ni, yang malu MBSA & SUK gak mcm takde duit lak jika nak dibandingkan ngan pembangunan yg dibuat.
Ok la bro tak larat gua nak komen w'pun byk lg...fikir2 kan lah...tp rasa nya lu akn remove wa punya komen...suka hati la bro...nanti gua cc komen kat bloggers jabatan lu..anyway gua minta maaf byk2 kalau ada hati yg terguris.....
Tq & regards